Thursday, May 13, 2010

Perunding Perkahwinan

Perlu ke sesebuah majlis perkahwinan mendapat khidmat perunding? Kalau bajet besar apa salahnya. Biasanya mereka yang mendapat khidmat orang lain untuk urusan begini kerana mereka merasakan satu tanggungjawab penting terlepas. Biasanya bakal pengantin lebih mementingkan hal-hal berkaitan persiapan nikah seperti pakaian dan jurumekap, lalu hal-hal berkaitan konsep atau suasana majlis perkahwinan dan flow majlis diserahkan pada mereka yang pakar.

Perunding perkahwinan ini adalah satu perkhidmatan yang berbentuk nasihat atau tunjuk ajar atau dengan kata lain, mereka lebih menitik beratkan soal konsep perkahwinan termasuk aturcara majlis. Mereka yang pakar tentang selok belok sesuatu aturcara majlis perkahwinan. Tidaklah nanti majlis perkahwinan jadi hambar dan kelam kabut.

Apa yang perunding perkahwinan biasa lakukan:

1. Merancang konsep perkahwinan.
Mereka biasanya akan memberi gambaran konsep perkahwinan untuk dibayangkan oleh pelanggan. Biasanya mereka akan memberi cadangan dan mendengar juga pandangan pelanggan. Contohnya: konsep dalam taman, konsep islamik moden.

Konsep Dalam Taman

2. Merancang aturcara majlis.
Selesai menentukan konsep. Mereka akan mencadangkan aturcara majlis. Seperti dalam kes saya, saya pernah didatangkan dengan seorang pelanggan yang mahukan konsep islamik moden. Jadi saya cadangkan beberapa perkara baru seperti upacara menepung tawar ditukarkan kepada upacara bersalaman dengan ahli keluarga, tetapi masih di atas pelamin. Nampak lain dan lebih unik bukan?

3. Memberi nasihat mengenai perkara-perkara yang pelanggan tidak tahu.
Contohnya mengenai bajet. Jika pelanggan mahukan persembahan artis, persembahan gamelan atau kos untuk sewa ballroom, dewan atau taman-taman yang memerlukan permit, biasanya perunding perkahwinan akan memberikan gambaran awal mengenai bajet. Begitu juga mengenai bajet pakej catering. Biasanya perunding perkahwinan ada beberapa senarai syarikat catering.


Akan datang : Perancang perkahwinan (Wedding Planner)

No comments: