Sunday, October 3, 2010

Cincin

Soalnya.. nak cari cincin tunang dulu atau bagaimana? Tapi untuk masa ini saya pikir biar cincin nikah yang jadi keutamaan. Ikutkan kebiasaannya ada sesetengah orang sampai 3 jenis cincin yang disarung, cincin merisik.. cincin tunang dan cincin nikah.. wah. Bagi saya kalau orang nak bagi ikut sajalah.. kan kan..

Baik, pemilihan cincin ni, bila saya lihat di google memang macam-macam ragam juga. Ada yang cakap jangan pilih cincin yang berlubang-lubang, takot bila kahwin nanti banyak masalah, ada juga yang berpesan cincin tu biarlah tidak banyak kerawang-kerawang supaya hidup berdua nanti tidak mengundang banyak kesusahan.. liku-liku.. macam liku kerawanglah agaknya.

Tetapi secara hakikatnya, saya ini memang jenis yang suka benda-benda yang bersifat 'moden look' atau geometrical concept. Saya memang kurang berminat dengan kerawang-kerawang bagai. Jadi untuk pilihan cincin pula saya lebih suka yang simple dan nampak elegan kepada pemakai.. sayalah tue..

Owh, bersentuh tentang cincin.. dah tentu kalian akan terfikirkan cincin emas putih yang macam perkahwinan Mawikan? Pastikan susah sikitlaa.. sebab bila sebut pasal cincin emas putih, mama akan cakap..

"Hish, pakai cincin emas kuninglah.. barulah nampak pakai emas,"

So, tengoklah macamana jadinya nanti. Terpulanglah pada orang yang nak membeli jugakkan. Adakalanya pihak lelaki yang akan pilih dan beli bersama ahli keluarga mereka. Jadi apa saja yang dipilih kenalah terima.

Jadi untuk u yang membaca, ini pilihan cincin yang menjadi pilihan saya. Silakan tengok.. high taste tak? huhu..


Cantikkan..

Yang ini?

Dan.. kalau ada permintaan untuk berwarna kuning.. yang macam ini pun okkan.. simple dan masih dilihat elegan.


Saturday, October 2, 2010

Cincin Yang Manakah?

Maaf, bersawang sekejap blog nih.. baru register Nuffnang dan ingat nak cuba percepatkan update blog nih. Lamakan kita tak bersua, puasa hinggalah raya diam tanpa berita. Baiklah saya akan update blog ini mengenai cincin yang manakah pilihan di hati.. haiii... bab cincin nih susahlah sikit, banyak tau kriteria yang saya perlukan.. demand ke? taklah.. nanti saya update k, penat sangat baru balik open house.. jumpa nanti!

Thursday, May 13, 2010

Perancang Perkahwinan

Baru ada masa nak tulis tentang perancang perkahwinan. So cemana, u olls nak guna khidmat perunding perkahwinan ke??.. huhu

Sebenarnya perancang perkahwinan lebih famous dari perunding perkahwinan kerana tugas perancang perkahwinan adalah selain boleh juga menentukan konsep majlis, mereka juga boleh melaksanakannya.. dengan kata lain, cakap serupa bikinlah.. mereka akan beri idea dan boleh laksanakan idea tu.

Sebab itulah ramai di antara kita yang memilih perancang perkahwinan sahaja. Yang menarik perancang perkahwinan zaman sekarang boleh buat semua perkara mengenai perkahwinan, kalau u olls nak 'higher' satu syarikat sahaja untuk buat semua perkara pun boleh. TETAPI, perlu memilih perancang perkahwinan yang sudah diketahui hasil kerjanya.. bukannya apa, ada sesetengahnya bila terlalu banyak tanggungjawab, dari merias pelamin hingga ke jamuan makan menyebabkan mereka tidak fokus dan akhirnya kerja tidak 'deliver'.

So, lebih baik cari beberapa perancang perkahwinan dan bahagikanlah tugas-tugas mereka. TETAPI adakalanya berisiko juga bila dibahagi-bahagikan, nanti sesama mereka pula ada masalah nak bekerjasama. Sorry to say, saya lebih suka melihat konsep perkahwinan dan tatarias perkahwinan dari luar negara.. bukan apa, ini bertujuan mendapatkan konsep yang lebih lain dan idea yang lebih baru. Saya lihat orang barat kursusnya, sangat memberi penekanan kepada konsep perkahwinan mereka..

Saya nasihatkan agar bakal pengantin dan keluarga jangan terus lepas tangan. Nama pun majlis kita, perlu beri perhatian penuh kepada perkara ini.

Saya perlukan perancang perkahwinan?


Jawapannya bergantung pada keadaanlah. Saya sendiri tidak berapa suka campurtangan orang luar mengenai hal-hal urusan perkahwinan. Jika boleh saya mahu buat pemerhatian sendiri dan buat banyak perkara sendiri. Blog ini saya bina juga disebabkan saya mahu buat persediaan awal supaya tidak perlulah saya bayar puluhan ribu hanya untuk merancang perkahwinan. Biarlah bersederhana..


Akan datang : Jom Pilih Cincin!

Perunding Perkahwinan

Perlu ke sesebuah majlis perkahwinan mendapat khidmat perunding? Kalau bajet besar apa salahnya. Biasanya mereka yang mendapat khidmat orang lain untuk urusan begini kerana mereka merasakan satu tanggungjawab penting terlepas. Biasanya bakal pengantin lebih mementingkan hal-hal berkaitan persiapan nikah seperti pakaian dan jurumekap, lalu hal-hal berkaitan konsep atau suasana majlis perkahwinan dan flow majlis diserahkan pada mereka yang pakar.

Perunding perkahwinan ini adalah satu perkhidmatan yang berbentuk nasihat atau tunjuk ajar atau dengan kata lain, mereka lebih menitik beratkan soal konsep perkahwinan termasuk aturcara majlis. Mereka yang pakar tentang selok belok sesuatu aturcara majlis perkahwinan. Tidaklah nanti majlis perkahwinan jadi hambar dan kelam kabut.

Apa yang perunding perkahwinan biasa lakukan:

1. Merancang konsep perkahwinan.
Mereka biasanya akan memberi gambaran konsep perkahwinan untuk dibayangkan oleh pelanggan. Biasanya mereka akan memberi cadangan dan mendengar juga pandangan pelanggan. Contohnya: konsep dalam taman, konsep islamik moden.

Konsep Dalam Taman

2. Merancang aturcara majlis.
Selesai menentukan konsep. Mereka akan mencadangkan aturcara majlis. Seperti dalam kes saya, saya pernah didatangkan dengan seorang pelanggan yang mahukan konsep islamik moden. Jadi saya cadangkan beberapa perkara baru seperti upacara menepung tawar ditukarkan kepada upacara bersalaman dengan ahli keluarga, tetapi masih di atas pelamin. Nampak lain dan lebih unik bukan?

3. Memberi nasihat mengenai perkara-perkara yang pelanggan tidak tahu.
Contohnya mengenai bajet. Jika pelanggan mahukan persembahan artis, persembahan gamelan atau kos untuk sewa ballroom, dewan atau taman-taman yang memerlukan permit, biasanya perunding perkahwinan akan memberikan gambaran awal mengenai bajet. Begitu juga mengenai bajet pakej catering. Biasanya perunding perkahwinan ada beberapa senarai syarikat catering.


Akan datang : Perancang perkahwinan (Wedding Planner)

Tuesday, April 20, 2010

Checklist

Sebelum meneruskan pelayaran kita. Saya senaraikan dulu checklist untuk persediaan sesebuah perkahwinan.

Saya lebih suka checklist lengkap yang dibuat menggunakan excel. Itu lebih mudah disimpan dan dilihat bukan saja oleh kita sendiri tetapi oleh orang lain juga seperti ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Tapi kalau u olls nak tulis dengan tangan pun boleh aje...

Sebelum masuk ke step seterusnya, pastikan dulu senarainya sudah ada. Sebelum itu.. jangan lupa amik KURSUS NIKAH dulu k!!

Friday, April 9, 2010

Living Life To The Fullest

'Living Life To The Fullest' itulah yang bermain dalam kepala saya waktu ini. Mencintai dan dicintai bergerak seiringan.. lalu terjadilah penyatuan. Penyatuan yang bagaimana?

Untuk memulakan penulisan ini mengambil masa yang agak lama. Selain research yang banyak perlu dibuat, saya berazam untuk mengisi ruang blog ini dengan info-info yang bukan sahaja untuk panduan atau checklist diri sendiri namun boleh dikongsi dengan semua yang membaca.

Blog ini seharusnya akan memberi pendetailan mengenai hal-hal perkahwinan. Dari mula hingga akhir.. pendek kata saya mahu isinya mengenai dengan info-info untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Saya yakin, ramai di antara kita yang apabila mula buat keputusan untuk mendirikan rumahtangga berazam untuk menjadi suami dan isteri terbaik untuk pasangan masing-masing dan menjadikan majlis perkahwinan kalian sebagai majlis terbaik yang pernah dialami dalam kehidupan.

Jadi, saya akan mengajak kalian sama-sama meneliti checklist yang akan saya buat di ruang blog ini.. mungkin boleh dikongsi bersama-sama..


Sunday, June 8, 2008

Perkahwinan Sana Sini

Blog kedua hari ini mahu menulis tentang majlis perkahwinan. (Blog pertama sebenarnya ditulis oleh seorg teman. "thanks krn sudi tlg mass mendaftar blog ni") Alhamdulillah, tahniah pada teman-teman yang telah selamat mendirikan rumah tangga dan bakal mendirikan rumah tangga. Kelihatan sungguh teruja wajah-wajah pengantin menantikan saat jari disarungkan cincin.

Saya juga tidak terkecuali dari menerima tempias perkahwinan. Bukan kerana mahu melangsungkan perkahwinan sendiri tp sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan teman-teman dan juga clients julai ini. Sibuk menguruskan perihal perkahwinan orang sehingga ada mulut-mulut mengusik "bila lagi orang tu?".. insyaAllah, smpi masanya nanti akan tiba juga saat yg dinanti..huhu..

Permulaan melibatkan diri dalam bidang perundingan perkahwinan ini agak sukar tidak seperti yang disangka. banyak research perlu dibuat untuk mengukuhkan fakta dan tiada sebarang kesilapan dibuat. Tambahan pula majlis perkahwinan biasanya berkaitan soal adat dan agama. Tidak mahu terpesong dan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan pengukuhan kepada yang benar dan salah perlu diterangkan kepada clients dengan tepat tanpa ragu. Cthnya soal bersanding dan flower girl. Terlalu banyak pendapat yang dikeluarkan. Akhirnya saya mendapat ketepatan dr sebuah rujukan.

Persandingan dikatakan di sana tidaklah haram bergantung pada niat, bersyarat seorg lelaki atau perempuan menutup aurat dan tidak ada sebarang unsur-unsur karut atau pemujaan di situ. Itu perlu ditekankan krn tidak mahu timbul fitnah atau cemburu org. Ia sebaliknya menjadi haram jika timbul niat ingin menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dengan majlis perkahwinan tersebut. (Perlu penjelasan tepat)

Lain pula hal nya dengan kehadiran flower girl atau gadis-gadis comel yang memakai dress seperti pari2 comel mengiringi pengantin. Itu adalah ikutan pada perkahwinan di gereja dan menjadi trend masa kini. Tidak salah menyerikan majlis dengan kanak-kanak comel menjadi pengiring tetapi jagalah adat pakaian dan hiaslah mulut mereka dengan laungan selawat untuk lebih kenikmatan.

Untuk melakukan sesuatu pekerjaan perlu ada ilmu dan ilmu itu akan sentiasa dicari dan dicari. Bukan hanya terhenti selepas tamat pengajian di Universiti. Saya akan terus belajar dan belajar. Jika ada sebarang kemusykilan sila kongsi di sini.. saya akan berusaha mencari penyelesaiannya. InsyaAllah... syukran Allah.